Wednesday, April 29, 2009

kuih melayu vs. sushi

aneka kuih muih melayu...

Harga sekeping Sushi : RM1.00 - RM2.50

Harga sekeping Kuih Melayu di One Utama : RM0.90 - RM1.30

Harga sekeping kuih Melayu di Kg Baru : RM0.35





aneka sushi

Sushi di perbuat dari beras pulut dan di atasnya di letakkan pelbagai jenis bahan yang selalunya terdiri dari makanan laut.

Kuih Melayu di One Utama itu di buat dan dijual oleh bukan Melayu yang telah berjaya menghalusi resepi kuih melayu serta memodenkan teknik pengeluaran serta pasaran. Selain di One Utama, beliau juga mempunyai outlet dibeberapa kompleks beli-belah terkemuka di lembah kelang.

Kuih Melayu di Kg Baru dijual di gerai-gerai tepi jalan.



Kuih Melayu is under-priced!!!!


..di zaman ekonomi meleset ni, mungkin tajuk ini agak tidak sesuai. Para pengguna dan pembeli mungkin marah manakala para pembuat dan penjual mungkin ramai yang bersetuju.


Dari tinjauan yang kita buat, di Kg. Baru Kuala Lumpur masih ada penjual yang menjual kuih muih dengan harga RM1.00 untuk 3 biji kuih walaupun sudah ada beberapa penjual yang telah memberanikan diri untuk menaikkan harga ke 40sen sebiji semenjak pertengahan tahun 2008. Manakala di Kuantan, masih ada peniaga yang menjual kuih dengan harga RM1.00 untuk 4 biji kuih.

Namun ada perlunya kita melihat isu tersebut dari sudut fakta sebenar dari segi harga bahan mentah, gunatenaga, teknologi pembuatan, pemasaran serta permintaan .




talam labu berlauk


Bahan Mentah : Sejarah pembuatan kuih muih melayu tradisional menjelaskan bahawa pembuatan kuih muih oleh datuk nenek kita di zaman dahulu merupakan pembuatan "for own consumption" dan bukan untuk tujuan kommersial. Kebanyakan bahan mentah yang digunakan juga di hasilkan sendiri di tanah kebun di belakang rumah..dan kalau tiada di kebun sendiri, boleh diminta atau diambil percuma dari kebun jiran. Faktor kos bahan mentah tidak di rasai. Apabila kuih siap di masak, jiran sekeliling tidak pernah di lupakan. Faktor kommersial tidak pernah timbul di hati pikiran mereka......tapi apabila kuih yang dibuat sudah terkenal sedapnya dan timbul permintaan di kalangan tetangga untuk membeli, datuk nenek kita akan merasa besar hati dan malu pula untuk meletak harga...memang itu perangai atau sikap semulajadi kita orang melayu.


...tapi sekarang, harga bahan mentah melambung tinggi. Harga tepung, telur ayam, gula, minyak masak dan beras pulut naik hampir sekali ganda daripada harga pada dua tahun yang lepas. Begitu juga dengan harga bahan mentah pertanian saperti ubi kayu, keledek, labu, pisang dan keladi yang juga mengalami kenaikan harga mendadak sejak setahun lepas...maka tidak wajar kita masih malu untuk meletak harga sedangkan kita ada faktor kos yang tinggi.

lepat pisang

Gunatenaga & teknologi pembuatan : Dari segi gunatenaga, masih ramai pengusaha yang beroperasi di rumah dengan bantuan satu atau dua orang pembantu rumah dan penggunaan mesin masih terhad. Oleh kerana ketiadaan faktor kos gunatenaga serta kos teknologi pembuatan yang tinggi menyebabkan pengusaha sanggup meletakkan harga yang rendah kepada produk mereka. Apa yang selalu mereka lupa ialah "kos masa" yang lama yang mereka ambil untuk menyiapkan produk mereka.



kuih bakar berlauk


Permintaan & teknik Pemasaran : Kebanyakkan pengusaha masih lagi berjaja di tepi jalan atau meletakkan produk mereka di restoran restoran dan kantin. Permintaan terhadap kuih muih Melayu memang tinggi dan pengusaha perlu mempelbagaikan teknik pemasaran serta memperbaiki cara pembuatan agar lebih effisien.


Kita mesti mempertahankan serta memertabatkan kuih muih tradisional Melayu. Di waktu yang sama pengusaha pengusaha kuih melayu perlu menaik taraf produk mereka melalui teknik pembuatan moden dan bersih dan mencari ruang ruang pasaran baru serta menaikkan taraf serta teknik pemasaran.


Dimasa hadapan, harga sekeping kuih melayu dan sekeping sushi sepatutnya sama kerana bahan mentah yang di gunakan serta gunatenaga adalah lebih kurang sama...malah proses pembuatan kuih melayu adalah lebih remeh dari proses pembuatan sushi.








Wednesday, April 22, 2009

tukar nama

Dulu blog ini di namakan Sri Talamaz tapi kini telah di tukarkan kepada flavors....Tuan punya blog tetap sama.

pertukaran adalah kerana Sri Talamaz telah pun melancarkan website sendiri. (klik logo Sri Talamaz di-atas/sebelah)

terima kasih kepada semua pengunjung blog terdahulu dan di harap akan terus mengikuti perkembangan terkini flavors......

Tuesday, April 21, 2009

flavors@sunway

the outlet at Sunway Medical Centre had its' soft launch yesterday April 20, 2009. A high-tea was held where the Management Staff of SMC, Doctors, staff and friends attended.


..flavors has started selling since the morning and sales has been good considering the few hiccups...coffee machine not working in the morning and the cash register machine going hay wire!!...

nasi lemak with chicken rendang @ flavors

.....situated right opposite the out-patient centre on the second floor, the outlet received good traffic during clinic hours.




roti jala with chicken curry @ flavors



penang laksa @ flavors

flavors serve all time favorites such as nasi lemak, penang laksa, roti jala, chicken porridge, & pulut kuning, western dishes comprising roast chicken, chicken chop and poach salmon, pastries & pies, desserts such as cream caramel, bubur kacang and of course the delicious kuih melayu by sri talamaz.